Web Hosting

Ainul Perlu Belajar Makan Guna Mulut

Image result for Ainul Perlu Belajar Makan Guna Mulut

KUALA LUMPUR – Adik Ainul Mardhiah, 9 bulan, perlu belajar makan guna mulut merupakan fasa seterusnya selepas menjalani pembedahan penuh berisiko dua hari lepas.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak melalui laman Facebooknya sebentar tadi memberitahu, buat masa terdekat ini anaknya itu perlu dijaga dengan rapi kerana banyak perkara perlu diteliti selepas pembedahan tersebut.
“Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa ‘belajar makan guna mulut ‘. Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar Ainul makan menggunakan mulut”.
“Selain pernah memiliki ketumbuhan, Ainul juga ada cleft palate (sumbing) sejak lahir dan mungkin pembedahan untuk itu dibuat selepas berat badannya mencapai 6 kilogram hingga 8 kilogram nanti,” jelas beliau melalui laman sosial itu.
Mengenai berapa lama lagi Ainul akan berada di London, Ahmad Safiuddin berkata, perkara itu bergantung kepada kesihatan anaknya itu.
“Mungkin sebulan lagi atau kurang kerana doktor di sini (London) mahu pastikan ketumbuhan itu tidak akan datang semula dan bebas daripada kanser itu,” jelasnya.
Beliau menambah, dia dan isteri akan selesaikan perkara penting itu di London sebelum membawa pulang Ainul ke tanah air (Malaysia).
“Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hospital,” jelasnya.
Mengenai kesihatan anaknya itu hari ini, jika keadaan kesihatan anaknya bertambah baik kemungkinan esok Ainul akan dipindahkan ke wad biasa.
Beliau juga memohon semua pihak mendoakan kesihatan anaknya itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua doa yang diberikan selama ini untuk kesihatan dan kekuatannya. – K! ONLINE


No comments