Web Hosting

4 Drama Slot Spektra Yang Masih Diingati Sehingga Kini; Asal Usul ‘Pishang’ Bermula Di Sini

slot spektra
Kredit foto: Anak Merdeka
Sebelum wujudnya slot Akasia di TV3 yang memaparkan drama-drama yang kini sering ditonton oleh orang ramai, telah wujud satu slot drama yang cukup popular di saluran RTM pada era 90an dahulu.
Slot drama ini ditayangkan di TV1 pada jam 7.00 petang. Drama-drama ini bukan sahaja ditonton oleh orang-orang dewasa, malah kanak-kanak juga jadi teruja untuk menonton drama-drama ini.
Ini kerana, ada di antara drama-drama yang ditayangkan sememangnya sesuai untuk kanak-kanak, malah ada yang memberi inspirasi untuk menjadi ahli sukan.
Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat 4 drama slot Spektra yang pernah popular pada era 90an dahulu dan masih lagi diingati sehingga kini.
slot spektra
Kredit foto: Cari Infonet

Hati Waja

Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang ingin mengembangkan ilmu persilatannya lalu dia berhijrah dari kampung ke bandar untuk mencari guru yang boleh mengajar ilmu silat moden kepadanya.
Pelbagai konflik telah muncul apabila lelaki ini telah difitnah membunuh gurunya sendiri. Cerita ini juga cukup popular dengan jurus yang dikatakan telah ditiru dari cerita kung fu Hong Kong iaitu ‘Tendangan Tanpa Bayang’.
Drama ini dilakonkan oleh pelakon Rusdi Ramli, Faizal Hussein, Hussein Abu Hassan dan juga Raja Azura.


Lagu Opening Hati Waja ::::









slot spektra
Kredit foto: Suara TV

Budak Bijak

Mengisahkan tentang seorang budak bijak lakonan Bell Ngasri di mana dalam cerita ini dia adalah seorang kanak-kanak yang sangat pintar sama ada dari segi akademik dan juga dalam penyelesaian masalah.
Kecerdikan budak bijak ini telah membantu banyak pihak menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dan dia juga berjaya membantu pihak polis untuk menyelesaikan satu kes penculikan.
slot spektra
Kredit foto: Eizlan Yusof Blogspot

Jaguh-Jaguh

Drama ini memperlihatkan Eizlan Yusuf memegang watak utama di mana drama ini mengisahkan seorang lelaki yang mahu menjadi jaguh dalam sukan badminton. Walaupun disahkan menghidapi penyakit kanser, tetapi semangat juangnya yang tinggi menyebabkan dia sanggup berjuang hingga ke hujung nyawanya.
Drama ini pada era 90an dikatakan telah membantu membangkitkan semangat anak-anak muda untuk menceburi sukan badminton dek kerana terpengaruh dengan semangat juang yang ada dalam drama ini.

slot spektra
Kredit foto: Sinar Harian

Pishang (Tajuk drama yang sebenar tidak diketahui)

Untuk drama ini kami ingin memohon maaf kerana tidak memberi tajuk sebenar kerana selepas puas mencari, kami tidak dapat menjumpai tajuk drama ini. Apa yang kami ingat cumalah jalan ceritanya sahaja. Jika anda tahu tajuk sebenar drama ini, bolehlah beritahu kepada kami dan kami akan tukar dengan segera.
Drama ini menampilkan Nasrizal Ngasri ataupun Bell Ngasri bersama dengan Haji Baharudin Omar sebagai pelakon utama. Drama ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang datuk kepada seorang cucunya yang cacat lakonan Bell Ngasri.
Antara dialog yang menyebabkan drama ini masih diingati sehingga kini ialah apabila Bell Ngasri meminta pisang daripada datuknya dengan sebutan yang sangat unik iaitu, “Tok, pishang, pishang.” Gara-gara sebutan ‘pishang’ tersebut, ia telah menjadi ikut-ikutan para kanak-kanak pada masa itu.
Inilah dia 4 drama dalam slot spektra di saluran RTM yang sering ditonton tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, semuanya akan bersedia di depan TV jam 7 petang. Andainya anda ada drama lain yang anda suka dan pernah menghiasi slot Spektra suatu ketika dahulu, tinggalkanlah tajuk drama tersebut dalam ruangan komen di bawah ye.

1 comment: