Web Hosting

Terkini: Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016



Debaran buat pemain bola sepak tempatan, Faiz Subri, berakhir dengan kegembiraan apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Puskas 2016.

Baca: (Video) "Assalammualaikum... " - Ucapan Penuh Faiz Subri Ketika Terima Anugerah Puskas 2016

Kemenangan Faiz Subri itu diumumkan di majlis  'The Best Fifa Awards'™ yang berlangsung di Zurich.

Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang - adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016.

Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang turut bersaing untuk anugerah tersebut.

Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Fenomeno.

Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

Congratulations, Mohd Faiz Subri!
Winner of the FIFA  Award 2016  🏆http://fifa.to/TheBestLiveBlog  pic.twitter.com/4afxRz71wO

No comments