Web Hosting

Jawatan Kosong Guru Tabika Taska Kemas 2017

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEMAS TAHUN 2017
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Tahun 2017
Syarat Kelayakan Permohonan Guru Tabika KEMAS 2017
Pemohon mestila Warganegara Malaysia
Perlulah berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti yang tertera di bawah ini
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak)
(b) Dan kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
*Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini
Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon, calon yang masih dalam status pelajar atau masih belum graduasi tidak dibernakan memohon.
MAKLUMAT ASAS KURSUS
▶ Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
▶ Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
PANDUAN MENGISI DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
▶ Calon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS SPAK Pin. 2017 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my);
▶ Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
▶ Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri *(negeri bermastautin / merancang untuk bermastautin) sebelum tarikh tutup permohonan;
▶ Borang permohonan yang lengkap hanya akan diproses melalui pejabat KEMAS Negeri; dan
▶ Permohonan yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan tidak akan dilayan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Mei 2017
PANGGILAN TEMU DUGA 
▶ Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
▶ Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Semakan Temuduga Dan Keputusan Permohonan Guru Tabika KEMAS 2017

Sumber Asal : www.kemas.gov.my Update : 12/5/2017

No comments