Web Hosting

Ada Orang Lahir Ada Lubang Kecil Atas Telinga. Ini Sebabnya.


Sesetengah orang akan dilahirkan dengan lubang kecil yang terdapat pada bahagian atas telinga yang dikenali sebagai preauricular sinus.

Apa itu 'preauricular sinus'?

Sinus Preauricular adalah kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenalpasti pada tahun 1864. Penyakit ini kebiasaannya dikenalpasti semasa rutin pemeriksaan fizikal. Ia dapat dikenalpasti dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan.

Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.Ubat antibiotik serta pembedahan kecil perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan. Walaubagaimanapun, pembedahan untuk membuang atau mengeluarkan semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.

No comments