Web Hosting

(TAHNIAH) Hazama Dan Genervie Kam Bakal Berkahwin Disember Ini

Empat tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan Hazama dan Genervie Kam bakal diijabkabulkan pada bulan Disember depan.
Difahamkan Hazama dan Genervie akan menghadiri kursus perkahwinan pada awal bulan depan bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Genervie juga kini dalam proses untuk memeluk agama Islam.
Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami.  Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya.
Menurut Hazama, majlis pernikahannya itu akan diadakan secara tertutup dan belum mempunyai sebarang rencana untuk mengadakan majlis persandingan, kerana menelan belanja yang agak tinggi.
Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja. Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial.  Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang. Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai.
Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain. Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat.
Sebagai selebriti, pasti peminat ataupun masyarakat akan bercakap serta mencetuskan spekulasi kerana Hazama cuma mengadakan majlis sederhana. Namun, Hazama enggan memikirkan tanggapan orang lain, apa yang penting beliau ingin mendahulukan perkara yang wajib dan pernikahannya itu sah.
Tahniah kami ucapkan kepada Hazama dan Genervie kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Tidak apa lakukan majlis yang kecil dan berjimat bukan?
 
Also From the Web

No comments