Web Hosting

Inilah Cara Mudah Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my Yang Ramai Tak TAHU !!

Inilah Cara Mudah Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my Yang Ramai Tak TAHU !!

Inilah Cara Mudah Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my Yang Ramai Tak TAHU !!

Sebelum ini, saya dok ceritakan bagaimana anda boleh jana income mudah tanpa modal menerusi Lynk.my ini. Sekarang, saya nak kongsikan pula cara bagaimana untuk mendapatkan trafik blog mencanak-canak dengan menggunakan servis yang disediakan oleh Lynk.my ini.

Saya pernah ceritakan secara ringkas bagaimana Lynk.my boleh berikan trafik (PV) sehingga berpuluh ribu sehari, post tersebut anda boleh semak di Rahsia Blog Mendapat 40K PV Sehari

Ramai rakan saya samada blogger, internet marketer, online influencer malah selebriti seperti Abang EnsemBro Framestone ramai teruja nak tahu mengenai teknik ni apabila saya berkongsi status sambil tunjukkan bukti trafik blog saya yang dicanak-canak menggunakan Lynk.my.

Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my

Di bawah ini adalah antara jumlah trafik yang pernah dijana menggunakan servis Lynk.my: 
Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my
Nampak mengujakan tak?

Semasa awal-awal saya mencuba, memang terkedu saya lihat trafik sebegini tinggi. Kalau sebulan tu saya tak hairan sangat, tapi ... trafik sehingga 50K dalam masa sehari ..!!

Tapi, sukacita saya maklumkan bahawa apa yang akan saya tunjukkan ini bukanlah teknik percuma. Anda harus mengeluarkan sedikit modal sebagai galang ganti trafik yang anda peroleh. Dan in Sha Allah, trafik adalah genuine ..... dan buat mereka yang risau mengenai Adsense, setakat ini setelah saya menggunakannya .. Adsense tidak ada masalah dengan trafik yang dijana menggunakan Lynk.my ini, malah income Adsense turut bertambah berkadar dengan jumlah trafik blog.



Untuk Daftar Sila [Klik Disini]

Langkah-Langkah Untuk Naikkan Trafik Blog Menggunakan Lynk.my

Ok .. jom .. sila ikuti tatacara untuk naikkan trafik blog menggunakan Lynk.my ini ...

1. Tukar Jenis Akaun Dari Publisher ke Advertiser

Jika anda sudah mendaftar dengan Lynk.my, maka terus sahaja login ke bahagian dashboard. Jika belum, sila refer pada entri ini - Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my

Apabila dah berada di dashboard, klik pada bahagian atas dan klik 'Switch to Advertiser', seperti di tunjukkan di bawah ini. 

Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my

2. Wujudkan Kempen Iklan Untuk Dapatkan Trafik

Anda akan dipaparkan dengan dashboard Advertiser seperti di bawah ini. Dalam ruangan ini, anda akan dapat lihat jumlah trafik, berapa kredit kod iklan, dan juga jumlah kredit yang ada dalam akaun (dalam bulatan). Anda perlu ada minima dalam RM5 untuk memulakan kempen iklan ...
Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my
Sekarang, anda perlu wujudkan satu kempen iklan agar blog anda dipaparkan dalam Lynk.my kepada semua pengguna Lynk.my. Faham tak ni? Ada ribuan pengguna Lynk.my terdiri dari pengiklan (advertiser) dan juga publisher. Mereka ini yang akan mempromosikan kempen atau blog anda kepada orang lain ... ingat lagi fungsi Lynk.my yang saya ada cerita tu tak?

Apabila anda wujudkan kempen baru (create campaign), paparan di bawah akan keluar. Isi butiran yang dikehendaki seperti contoh yang saya tunjukkan ini. 

Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my
Letakkan nama kempen anda supaya anda tahu apa yang sedang anda promosikan menerusi Lynk.my. Jenis kempen tu biar je .. pastu di ruangan daily budget, letakkan bajet yang anda mampu keluarkan untuk sehari. Paling minima rasanya RM2 kot .. maksima suka hati ... tapi, pastikan jangan terlebih bajet ye, kena pastikan bajet yang ada tidak lebih daripada apa yang ada dalam available credit ye.

Letakkan tajuk entri atau blog anda. Kemudian letakkan url entri atau blog anda. Saya lebih suka untuk promosikan entri-entri penaja atau advertorial... sebab saya boleh gunakan sumber modal daripada pengiklanan ini untuk naikkan trafik pada entri mereka.

Letakkan keyword untuk target entri ini di enjin carian. Ini merupakan salah satu ciri istimewa Lynk.my, di mana entri atau blog yang dipendekkan URL menggunakan Lynk.my boleh terindeks dengan agak baik di enjin carian. 

Kemudian, masukkan target dari segi geografi pula seperti ditunjukkan di bawah ini, klik submit:

Tatacara Naikkan Trafik Blog Mencanak-Canak Dengan Lynk.my

3. Aktikan Kempen

Kempen anda akan kemudian direview oleh pihak Lynk.my supaya tidak mengandungi unsur seks, unsur judi, dan jenis pengiklanan yang tidak melanggar undang-undang. Pihak Lynk.my dengan menggunakan robot, akan pastikan juga bahawa link promosi atau URL entri mahupun blog anda selamat daripada malware dan virus. Jika didapati ada unsur-unsur ini, iklan anda tidak akan dilepaskan atau diaktifkan.
Selesai .. dan tunggu trafik untuk entri dan blog anda mencanak naik. Lihat contoh di bawah ini, di mana saya menggunakan kos atau bajet RM2 sehari sahaja ... untuk kempen saya (iklan promosi) .. yang dok aktif tu ..
Hasilnya .. trafik untuk 4 Ogos 2016 ... itupun saya cuma aktifkan iklan di atas pada jam 11:00 pagi. Kira oklah untuk bajet RM2 sehari ... huhuhu.... 
Jadi macamana? Ok ke tak? Kira oklah kan ... tak yah tamak sangat tang trafik ni, paling penting anda tahu menggunakan Lynk.my ni untuk menaikkan trafik blog yang lesu, dan mempromosikan blog anda kepada orang lain.

Trafik dari Lynk.my akan nampak daripada pelbagai sumber, agar blog anda akan nampak natural trafiknya. Trafik blog akan naik selepas anda gunakan kempen iklan ini dari banyak sumber, tetapi anda juga akan nampak portion trafik itu dari Lynk.my seperti di bawah.

4. Tambah Fund

Jika anda lihat ruangan available credit tu kosong je, maka anda boleh tambah modal sendiri, selain mendapatkannya dengan cara buat duit lynk.my yang saya ceritakan sebelum ini. Nak tambah modal tak susah mana, hanya pergi ke bahagian Manage Fund (menu kat bahagian tepi).

Ikuti sahaja arahan yang diberikan ye ...

Selamat mencuba.


Untuk Daftar Sila [Klik Disini]

Sumber: www.hasrulhassan.com

No comments