Web Hosting

'30 Sen Tu Takde Nilai Pun' - Pemilik Restoran Tampil Jelaskan Isu Caj Servis Ikat Tepi 30 Sen Selepas Teruk Dikecam Netizen



Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah restoran di Hentian Rehat dan Rawat Awan Besar mengenakan caj 30sen hanya untuk servis ikat tepi air minuman. 

Pembeli tersebut agak terkejut apabila resit yang diterima telah dikenakan caj untuk servis ikat tepi.

Pembeli tersebut telah memesan Air Limau Asam Boi yang berharga RM3.50 dan bila ditambah caj berkenaan menjadikan harga minuman itu menjadi RM3.80. Biarpun nilai tersebut kecil, netizen amat terkejut dengan tindakan restoran tersebut.

Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nita Saidi iaitu pemilik restoran tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar. 

Wanita tersebut memuat naik sebuah video bagi menjelaskan kenapa restorannya mengenakan caj tersebut.


Namun, rata-rata netizen nyata tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Ini respon netizen. Walau apapun penjelasannya semoga kes tersebut menjadi iktibar buat semua supaya lebih berhati-hati kerana di zaman ekonomi tak menentu ni semuanya kena caj!



Sumber : kakishare

No comments