Web Hosting

BOLEHKAH KAD PENGENALAN DIAMBIL DAN DISIMPAN PIHAK LAIN SEPERTI PENGAWAL KESELAMATAN?

Image result for kad pengenalan di ambil pengawal
Penulis asal nor zabetha
Bolehkah kad pengenalan kita diambil dan disimpan pihak lain seperti pengawal keselamatan?
Ada sesetengah bangunan yang mensyaratkan untuk tinggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut. Bolehkah mereka simpan kad pengenalan kita??
Tidak boleh sama sekali. Berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara, 
semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN. Ini bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad dan agar maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Adalah menjadi kesalahan dibawa di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain. Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,”
Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya. Sumber di atas saya petik dari Harian Metro.
Berdasarkan laporan daripada website astro awani. Pada 22/12/2016, tujuh individu sindiket jualan kad pengenalan palsu diberkas. Mereka menjual kad pengenalan​ palsu dengan harga lingkungan RM1,500 bagi kad pengenalan yang murah manakala yang mahal RM10,000 hingga RM15,000.
Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan anda. Jangan disebarkan ke mana-mana. Bimbang kalau berlaku kecurian identiti atau identity theft yang akan menggunakan nama ada untuk permohonan hutang atau kesalahan jenayah.
kredit : Himpunan Cerita Lawak

No comments