Web Hosting

Dikritik kerana kongsi video aksi berahi bersama Shuib, berikut respons Siti Sarah



Bagi mereka yang mengikut perkembangan Siti Sarah dan Shuib di laman Instagram milik kedua-dua pasangan selebriti ini, pastinya mereka ketahui pasangan ini masih lagi sweet meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaru, Siti Sarah teruk dikecam netizen gara-gara memuatnaik video beliau bersama Shuib ke laman Instagram milik beliau.
Rata-ratanya mengecam tindakan Siti Sarah yang berkongsi video tersebut yang dikatakan mengandungi aksi berahi mereka berdua yang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada orang ramai, meskipun mereka berdua sudah bergelar pasangan suami isteri yang sah.
Sarah dalam responnya di ruangan komen mengakui tidak peduli dengan kritikan negatif malah dia menggalakkan si isteri lebih kerap memeluk suami selepas lihat video ini.
Sarah dah biasa kena kutuk, dari kecil dah biasa kena buli.  Jadi kalau macam sekarang ni apa lah sangat,  sebenarnya awak yg pilih untuk nak tengok macam mana. Mungkin ada banyak isteri yang kurang peluk suami pada hari tu . Dengan tengok sarah mungkin die peluk suami dia.
Buat Siti Sarah, bertabahlah, sekarang memang sudah menjadi era kecam-mengecam di kalangan masyarakat kita.

Sumber : Ohmymedia

No comments