43 FOTO - SUASANA MAJLIS BERTANDANG AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN
Malam semalam telah berlangsungnya majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki bagi pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang diadakan di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam yang yang bertemakan klasik traditional itu menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan songket berwarna beige.
Selepas majlis ini, Amyra yang merasa begitu teruja sekali selepas sekian lama tidak berehat panjang merancang bersama suaminya untuk berbulan madu di Tokyo kerana ingin berkunjung ke taman tema Disneyland di sana pada 24 November ini.
"Saya teringin nak melawat taman tema keriangan Disneyland di Tokyo kerana tempat itu adalah antara destinasi yang menjadi impian dalam hidup saya selama ini. Amar tahu saya meminati tempat-tempat sebegitu kerana saya dapat melepaskan tekanan kerja yang terbeban selama ini," ujar Amyra kepada Utusan mengenai perancangan bulan madu.
Dalam masa yang sama, Amyra turut berkongsi perancangan selepas pulang dari berbulan madu, dimana pasangan ini akan diraikan sekali lagi dengan meriahnya di Singapura pada awal Disember nanti. Majlis berkenaan difahamkan ditaja sepenuhnya oleh kelab peminat pasangan ini di Singapura yang tidak henti menyokong kerjaya mereka didalam dunia seni.
Mengenai lakonan, Amar mengambil keputusan untuk mengurangkan tawaran yang akan menggandingkan dia dengan Amyra selepas mereka menjadi suami-isteri. Ini kerana katanya, ia bagi mengelakkan berlaku perkara yang melanggar hukum agama dan memberi kesan kepada hubungan rumah tangga.
"Selepas berkahwin kami akan mengurangkan berlakon bergandingan bersama dalam drama, ia adalah atas nasihat orang berpengalaman. Ia bagi mengelakkan perkara yang berkaitan agama dan hukum hakam yang boleh memberi kesan negatif kepada hubungan sebagai suami-isteri," jelas Amar kepada mStar.
Apapun semoga ikatan perkahwinan yang dibina yang berkekalan sehingga akhir hayat mereka.
GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar
Foto: Jom Kahwin, Hlive & Peveyhack Production

Read more: http://www.myartis.com/2016/11/43-foto-suasana-majlis-bertandang-amyra.html#ixzz4QYI97yVa
Post a Comment