Apa Yang Berlaku Buat Kami Lebih Rapat Dan Gembira – Farid Kamil
Baru-baru ini Diana Danielle ada mendedahkan beliau hampir bercerai dengan Farid Kamil kerana beliau sudah tidak tahan lagi untuk memendam rasa atas beberapa masalah yang mereka hadapi. Pendedahan Diana itu mengejutkan peminat mereka yang sehingga hari ini tidak putus mendoakan keharmonian rumah tangga mereka.
Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan, Farid akhirnya telah tampil memberitahu status rumah tangganya kini.
Menurut Farid, apa yang sudah berlaku membuatkan hubungan mereka lebih rapat dan rumah tangga mereka lebih manis. Buat Farid, ia adalah asam garam kehidupan sebagai suami isteri.
Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan.
Farid tidak terkejut apabila ada keluarga yang bertanyakan hal berkenaan rumah tangganya kerana sebagai selebriti pasti ia menjadi tumpuan ramai.
Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut. Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi.
Alhamdullilah, baguslah kalau semuanya semakin membaik. Dalam rumah tangga pasti akan ada pasang dan surutnya, ia bergantung kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah. Kami mendoakan agar rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle kekal sehingga akhir hayat.
Post a Comment