Datuk Ramli MS Buat Pendedahan Sebenar, Bukan Dia Singkirkan Shidi Data Tetapi..
Datuk Ramli MS telah mebuat satu kenyataan tentang penyingkiran Shidi Data di konsert minggu kelima konsert Gegar Vaganza.
Katanya buakan dia yang membuat keputusan untuk menyingkirkan Shidi namun ianya hasil penilaian 3 orang juri.
Ini kenyataan Ramli MS:
"Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
"Saya tidak memilih Shidi untuk keluar tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini kerana markah yang diberikan antara tiga juri berbeza,"
"Saya tidak tahu bagaimana cara juri lain memberikan permarkahan dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.
"Di konsert minggu kelima, markahnya telah menjadi dua lawan satu dan penjurian harus mengikut markah majoriti. Apabila markah tiga juri dicampurkan, Shidi mendapat markah paling rendah,"
Penyingkiran Shidi membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati kerana merasakan persembahan yang diberikan oleh Shidi lebih menarik berbanding persembahan Ameng Spring yang terlupa lirik sewaktu menyanyi.
Sementara itu, pihak Astro menafikan Shidi tersingkir kerana dirinya kurang popular berbanding Ameng.
Ini kenyaataan pihak ASTRO:
"Penyingkiran Shidi adalah disebabkan dia mengutip markah paling rendah. Beza markah Shidi dan Ameng pun hanya satu mata sahaja.
Sumber: AstroGempak
Post a Comment