[Terkini] Mengejutkan! Deejay Segmen Suria Cinta, Lin dihentikan mengendalikan segmen tersebut
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mengalami kegelinciran tulang bahu akibat terjatuh ketika ingin memulakan kerjanya di Tropicana Mall di sini minggu lalu.
Deejay Lin atau Roslinda Abdul Majid, 40, berkata, keadaan hujan dan simen yang basah menyebabkan dia tergelincir dan tangan kirinya cuba menampan simen sehingga terjadinya kemalangan berkenaan.
"Kejadian ni berlaku pada hari Rabu minggu lalu. Ketika itu hujan dan jalan pula basah.
"Semasa hendak ke pejabat, Lin tergelincir lalu terjatuh. Tangan kiri cuba nak menampan daripada jatuh menyebabkan berlakunya masalah pada bahu Lin," katanya kepada mStar Online.
Menurut Lin, kejadian itu meyebabkan keseluruhan tangan kirinya sakit sehinggakan dia tidak mampu bergerak ketika tidur.
Malah dia terpaksa menggunakan tangan kanan untuk mengangkat tangan kirinya termasuklah sewaktu hendak duduk dan melakukan kerja-kerja lain.
Jelasnya akibat hal berkenaan dia telah dirujuk ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini sejak Jumaat lalu dan doktor mendapati terdapat kegelinciran pada pergelangan bahunya.
"Doktor memberikan Lin ubat selain perlu menjalani fisioterapi setiap hari dan Alhamdulillah, keadaan Lin semakin pulih. Sakit juga sudah berkurangan," katanya.
Ujar Lin, kerana kejadian itu rancangan kendaliannya iaitu Suria Cinta terpaksa digantikan sementara waktu oleh Naim Hashim.
Dalam pada itu Lin berkata, ketika di hospital dia dilawati ramai peminat termasuklah ada yang membawa makanan.
Post a Comment