Kenduri Nak Gah, Tapi Rupanya Hutang
Kini topik hantaran dan majlis perkahwinan selalu menjadi bualan ramai.
Kos semuanya dah naik dan ini termasuk kos perkahwinan.
Satu kisah menjadi viral tentang seorang wanita menceritakan kisah perkahwinannya.
Jom baca:
Hai. Aku nak meluahkan perasaan dan pengalaman aku. Thanks admin sebab sudi siarkan dan kepada pembaca semua. Cerita ni aku karang seringkas mungkin untuk menyampaikan point aku je.
Aku perempuan, anak sulung, pertengahan 20an. Semasa aku membuat keputusan untuk berkahwin, mak aku terus menetapkan duit hantaran 30k kepada bakal suami aku. Aku terkejut dan rasa keputusan tu tak masuk akal terus membangkang. Nasib baik opah aku pun setuju dengan aku.
“Patutlah ramai anak muda lari kahwin di sempadan. Sebab mak bapak macam ni lah. Kamu pergilah kawin sana, sediakan 3k je pakej lengkap siap ada fotografer. Opah sokong kamu”. Terbaik ayat opah, direct cakap depan mak aku.
Maka dengan itu berkuranglah hantaran kepada beberapa k sahaja. Opah aku kata majlis adalah tanggungjawab mak bapak, bukan bakal suami. Aku mencadangkan agar buat kenduri biasa-biasa je sebab keluarga aku ni sederhana. Tapi keluarga aku semua tak setuju, yakni pakcik makcik paknon maknon. Katanya kami wajib edarkan jemputan kepada 1k rakyat jelata dan menjangkakan tetamu datang sebanyak 2k.
Family aku bukan macam Che Tatau, terkenal satu negara. Dari hujung kampung ke hujung kampung pun bukan tentu orang kenal jadi apa point untuk jemput beribu-ribu orang?
Mak bapak aku yang tertekan dengan pendapat village people pun buat la pinjaman bank peribadi. Aku tak pasti lah sama ada diorang memang dah ada saving lain ke apa, tapi katanya pinjaman ni untuk cover kos-kos tambahan JE. Mak aku pujuk aku untuk menyumbang separuh bayaran bulanan balik ke bank. Aku tak kisah sebab aku memang hulur duit setiap bulan, terpulang pada dioranglah nak guna macam mana.
Apa guna duit hantaran korang tanya? Duit hantaran tu aku guna untuk barang hantaran, baju, kad, doorgift, makeup, fotografer dan kos-kos kecil lain. Selainnya mak bapak aku (khemah, makanan, kerusi meja, dan pelamin).
Pada hari majlis, sangkaan bahawa 2k tetamu akan datang meleset sama sekali. Khemah tak penuh, makanan banyak lebih. Doorgift pun banyak lebih. Nasib baik la paknon maknon yang bising tu tolong bungkuskan makanan lebih dan edarkan ke pelusuk kampung, sekolah-sekolah dan asrama-asrama. Dapat la mak bapak aku saham pahala.
Habis majlis, mak bapak aku terduduk. Sebab penat itu iyelah kan..dan juga sebab keluar duit banyak untuk majlis besar-besar tapi kesudahannya membazir je. Kalau mampu lain cerita, ini siap terpaksa pinjam bank.
SEKARANG.
Benda ni terkesan dekat aku sebab keadaan ekonomi semasa. Suami aku terkena efek ekonomi sekarang. Nasib baik aku pun bekerja jadi boleh la survive lagi.
Jadinya, aku pun bagitaulah dekat mak bapak aku mungkin lepas ni kurang sikit nak balik kampung sebab keadaan ekonomi aku dan suami tak berapa bagus.
Soalan pertama dari mulut mak aku, “Habis tu duit bulan-bulan masih boleh BAYAR ke tak? Hutang bank ni.”
Aku jawab ye boleh je takde masalah sebab itu masih tanggungjawab aku. Tapi tipulah kalau aku tak terasa kan dengan concern dia. Lebih risau hutang sendiri dari keadaan anak dia. Aku tanya berapa sebenarnya yang diorang pinjam.
Jawabnya, adalah sikit je. Datang akal aku, aku kira balik duit yang diorang kena bayar bulan-bulan dan tempoh bayaran balik. Rupanya, lebih 10k.
Kesimpulannya, aku kecewa. Kenduri sepatutnya menjadi kenangan indah dalam hidup tapi bila teringat rasa macam beban pulak. Pakcik makcik luar sana, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak eksyen lebih sampai membebankan anak-anak. Jangan terikut budaya village people yang kuno, sebaliknya nilaikan sendiri kemampuan diri.
Anak-anak pulak, opah aku pesan, kalau tak mampu pergi je sempadan sana. Macam-macam pakej ada. Pilih la yang korang suka, pakej bermula dari 3k. (Kata opah aku la ye..tak pernah research pun hahahaha).
Oh lagi satu, JANGAN JADIKAN DUIT SEBAGAI ALASAN UNTUK DEKATI ZINA.
Assalamualaikum.– Hakak yang kecewa tapi masih bertabah
Post a Comment