Neelofa & Fattah Amin Sweet Terlampau! – 5 Perkara Menarik & Jelik Di ASK 2016 Malam Tadi
Malam tadi telah berlangsungnya acara kemuncak Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tema ‘Menggapai Impian’. Acara yang diadakan khas untuk mengiktiraf drama dan filem tempatan itu dihadiri oleh penonton yang terdiri daripada rakan-rakan artis, media dan juga peminat industri hiburan tanah air.
Nama pun acara penyampaian anugerah, mesti ada banyak benda yang terjadi sepanjang ASK 2016 berlangsung. Nah, kami simpulkan lima highlights of the event yang kami rasa menarik berlaku malam tadi. Korang perasan tak benda-benda ni?
1. Lofattah Sweet Tahap Potong Kaki!
Hubungan mesra diantara pelakon utama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin dan Neelofa bukanlah satu rahsia lagi. Malam tadi kemesraan mereka semakin terbukti sepanjang ASK 2016 berlangsung. Mana tidaknya, mula-mula duduk depan belakang, lepas tu sebelah menyebelah pulak. Momen-momensweet ni dirakam dan dimuatnaik sendiri oleh Neelofa di laman Instagramnya melalui Instagram Stories.
2. Baju Raja Ilya Mengancam!
Pakaian selebriti semestinya menjadi perhatian pada acara malam tadi. Antara yang menyerlah dan hangat diperkatakan adalah gaun turquoise yang dipakai oleh Raja Ilya. Sekilas pandang nampak macam pakai gaun jenis tube, tapi menurut Raja Ilya ia sebenarnya adalah inner dengan tona warna kulit yang menutupi sehingga paras lehernya.
3. Nadiya Nissa Tampil Bertudung Pertama Kali!
Aktres cantik manis Nadiya Nisaa telah sepenuhnya berhijab dan semalam buat pertama kalinya dia tampil dengan imej tersebut di acara karpet merah ASK 2016! Ramai memuji imej barunya itu dan berpendapat bahawa Nadiya Nisaa kelihatan lebih cantik bila bertudung. Alhamdulillah…
4. Acara Hambar!
Sempena ASK, Alif Satar telah dipilih sebagai hos utama bagi mengacarakan acara berprestij itu pada tahun ini. Kebolehan Alif Satar sebagai penghibur merangkumi penyanyi, pelakon dan hos tidak boleh disangkal kerana kita semua tahu Alif mempunyai cara dan kebijaksanaannya yang tersendiri ketika mengendalikan sesebuah acara.
Namun, ASK 2016 yang berlangsung malam tadi agak hambar kerana seolah-olah apa yang diperkatakan oleh Alif diatas pentas tidak ‘disambut’ oleh para penonton. Hmm kalau hos dah bagus tapi audiens tak bagi sokongan pun susah jugak, kan?
5. Persembahan Faizal Tahir Buat Orang Sebak!
Dalam keseronokan dan kemeriahan ASK 2016, Faizal Tahir berjaya membawa audiens menyelami penderitaan Muslim di Syria melalui lagu Khulul Hubbi (One Moment For Them) yang dinyanyikan bersama-sama dengan Noh Salleh, Aizat Amdan dan Muaz. Sangat sebak dan menyentuh hati sehingga ada yang mengalirkan air mata!
Baguslah, macam-macam benda; yang jelik, yang baik, yang menarik– semua ada dalam satu majlis yang diraikan oleh penggiat industri hiburan tempatan ini. Apa pendapat anda yang menonton? Bersama artikel ini kami sertakan keputusan penuh ASK 206 malam tadi. Enjoy!
Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2016 TV3 (Rasmi)Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016FatinFilem TerbaikRedhaPengarah Drama TerbaikRazaisyam Rashid- FatinPengarah Filem TerbaikSyamsul Yusof- MunafikPelakon Komedi TerbaikErma Fatima- Mak Cun 2Drama Komedi TerbaikDrama Mak CunDrama Rantaian TerbaikWadiPelakon Lelaki Terbaik DramaBeto KusairyPelakon Wanita Terbaik DramaTiz Zaqyah- Cermin KasihRancangan Anugerah TerbaikAnugerah Juara Lagu 30Pelakon Lelaki Terbaik FilemNamron- RedhaPelakon Wanita Terbaik FilemMaya Karin- Filem NotaPenyunting Terbaik DramaIzhar Masuri – RekahDrama Rantaian Popular Media SosialAku Kau Kita (Drama TV3)Lakon TV TerbaikRekahLakon Layar TerbaikLove SupermoonAnugerah Filem Pembantu TerbaikHusairi Hussin-Polis EvoRancangan Realiti TerbaikLets Cycle Musim 2Laporan Khas Berita TerbaikBerita Tv9: Highland Towers (Tv9)Bual Bicara TerbaikHalaqah: Terlepasnya Ikatan Dajjal (Tv9)Dokumentari Dan Majalah TerbaikMajalah 3: Wira BeretVideografi TerbaikDrama Fatin (TV3)Rancangan Hiburan TerbaikBuskestra (Tv9)
Post a Comment