UPSR 2016 Anak Dapat Straight E,Ibunya Marah-marah, Tunjal-tunjal Kepala Anaknya,Maki Hamun Dan Memalukan Si Anak Depan Ibu Bapa Dan Guru
Saya dapat perkhabaran, ada anak UPSR 2016 dapat straight E, ibunya marah-marah, tunjal-tunjal kepala anaknya, maki hamun dan memalukan si anak depan ibu bapa dan guru. Allahu Akbar. Kenapa? Keputusan si anak mungkin mengejutkan, tetapi ia bukan penyudah kepada sebuah kejayaan. Ya, itu mungkin hak si ibu .. tapi patutkah diperlakukan si anak sedemikian rupa??
Saya dapat tahu perkara ini daripada rakan blogger saya menerusi Facebook. Ia diceritakan oleh rakan blogger Parizan yang juga seorang ibu yang anaknya mengambil keputusan UPSR 2016 di sekolah.
Saya dapat tahu perkara ini daripada rakan blogger saya menerusi Facebook. Ia diceritakan oleh rakan blogger Parizan yang juga seorang ibu yang anaknya mengambil keputusan UPSR 2016 di sekolah.
Keputusan UPSR Semua 'E', Bukan Penyudah Sebuah Kejayaan
Saya sebagai bapa jika anak dapat keputusan sebegitu mungkin akan kecewa. Namun, ia bukan tiket atau sebab untuk menghukum si anak dengan cacian dan makian, apatah lagi bila keluar perkataan 'bodoh', 'memalukan' dari seorang ibu.Ini Kisah Saya - Dapat F Untuk Hampir Semua Subjek!
Saya antara bekas murid sekolah yang pernah dapat keputusan yang hampir begitu, dapat F lagi banyak daripada C... keputusan A memang tak adala. 3 tahun berada di kelas paling terkebawah, dan 3 tahun juga saya dapat kedudukan 10 paling akhir dalam keseluruhan tahun 1,2 dan 3. Emak saya, alhamdulillah, tak pernah pun cakap begitu ... malah berikan semangat dan bantu apa yang boleh. Emak saya bukanlah dari golongan yang terpelajar pun, cuma bolehlah cakap omputih sikit-sikit, dan emak saya surirumah sepenuh masa.Arwah ayah, seorang askar ketika itu. Sekolah saya pula SRKPT, Jalan Gambang, Kuantan. Kelas saya ... 1T, 2T, 3T dan kemudian 4 Nilam dan kemudian 5 Berlian.
Darjah 4 saya dapat tempat pertama dalam kelas, dan darjah 5 saya dimasukkan ke kelas paling pandai dalam sekolah. Saya dah pernah ceritakan kisah ini sebelum ini ... bukan nak menunjuk dan mendabik dada, tapi nak beritahu bahawa walaupun si anak dapat straight E UPSR, ia bukan penyudah atau penamat sebuah kejayaan. Malah, andai kejayaan tercapai selepas ini, ia akan menjadi lebih manis dan bermakna.
Sahabat Saya Tercicir dari IPT, Tapi Kini Seorang Peguam!
Saya juga nak kongsi satu lagi cerita ...Saya ada seorang sahabat, pernah keciciran semasa belajar di IPT. Kena buang IPT. Ditamatkan belajar atas sebab keputusan yang tidak bagus dalam peperiksaan. Apa dia buat? Dia apply masuk ke UiTM (kalau tak silap), ambil jurusan Undang-Undang dan menjadi antara pelajar paling tua dalam batchnya ketika itu. Tak pernah malu dan segan untuk belajar bagi sebuah kejayaan. Keutamaannya adalah keluarganya yang tinggal di Rawang, Selangor.
Alhamdulillah, sekarang sahabat saya ini sudah menjadi seorang peguam pendakwaraya. Saya bangga dengan kejayaannya. Malah, antara sahabat saya paling akrab dan yang pertama bawa saya pergi menjalankan kerja-kerja dakwah.
[Baca] Sahabat Saya Dibuang IPT, Kini Seorang Peguam HebatIni bukan cerita nak reka-reka, tapi kisah realiti dan memang berlaku. Kena ingat, apa juga kita lakukan ini Allah Maha Melihat, dan reaksi dan tindakan kita akan mencerminkan sifat sebenar kita. Anak itu anugerah Allah, baik buruknya bukan dari si anak, tapi dari halnya kita mendidik mereka sejak dari kecil. Mahu anak yang hebat, kena didik mereka dengan cara yang hebat dan betul.
Ibu seperti apa yang diceritakan oleh rakan blogger saya, +Parizan Mohd Zain; tidak sepatutnya menyalahkan anak kerana keputusan UPSR yang tidak cemerlang, apatah lagi menghamburkan perkataan-perkataan tidak elok, tidak baik, dan memalukan.
Anak Lebih Tertekan
Anak dapat straight E UPSR 2016 ... diam-diam sudah. Bawa si anak, tenangkan mereka .. kerana anak itu lebih rasa kecewa sebenarnya. Sekolah rendah kot. Umur pun baru 12 tahun.. nak ambil lesen motorsikal pun tak sah lagi.[Baca] Tips UPSR - Bagaimana Saya Berikan Persediaan Anak Saya Untuk UPSRAnak ini lebih tertekan. Selepas belajar bertahun-tahun, dengan format peperiksaan baru, KBATnya lagi .. uhhh alahai ibu. Mereka yang lebih kecewa, sebab mereka yang hadap kertas UPSR 2016, banyak beban mereka kena tanggung. Dan ibu ini sebenarnya harus tahu bahawa peperiksaan UPSR 2016 kali ini bukan mudah - andai si ibu ambil tahu mengenai pelajaran anak.
'Nasihat' Saya Buat Si Ibu Itu ..
Buat si ibu itu .. kalau rasa nak sangat 6A, pergilah daftar diri dan ambil UPSR 2017 nanti (kalau dibenarkan). Kita tengok samada si ibu pula boleh dapat keputusan 6A yang dia harapkan sangat. Cubalah.Kasihan si anak. Saya doakan anak itu nanti akan lebih berjaya, malah lebih berjaya daripada ibunya yang telah tunjal-tunjalkan kepalanya semasa ambil result UPSR 2016 (nada geram ni). Saya juga doakan bahawa satu hari nanti, si anak dapat buktikan bahawa, "Sayalah anak yang ibu telah malukan di depan kawan-kawan dan guru sekolah saya".
Moga kita semua dihindarkan daripada melakukan perkara yang tidak elok, dan semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. Kita mahu anak yang terbaik, maka didiklah mereka dengan cara terbaik. Nabi Muhammad S.A.W dah berikan tunjuk-ajar, para sahabat juga begitu .. ikutilah mereka. Andai anak tidak berjaya di dunia, bukan bererti mereka akan gagal di akhirat. In Sha Allah.
SUMBER: HasrulHassan.com
Sumber : penhijaudaun
Post a Comment