Kemas Kini iOS 10.1.1 Menyebabkan Sebilangan Peranti Gagal Berfungsi
Sebuah lagi berita kurang enak bagi pengguna Apple. Masalah kali ini melibatkan iPhone 7, 6S dan 5S. Sebilangan pemilik melaporkan aplikasi pada peranti terhenti secara tiba-tiba sehingga peranti gagal digunakan. Pengguna tiada pilihan lain terpaksa melakukan hard reboot untuk kembali menggunakan peranti.
Masalah mula muncul selepas kemas kini ke iOS 10.1.1 dilakukan. Apple masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai isu ini. Amat mengejutkan peranti iPhone 7 juga turut terkesan kerana selama ini kemas kini ke versi terkini yang mendatangkan masalah kepada peranti model lama. Kemas kini ke iOS 10.2 akan hadir dalam masa terdekat dan diharap dapat memberikan penyelesaian.
Isu sebegini jarang berlaku kepada peranti iOS suatu ketika dahuulu tetapi menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tidak mengejutkan ia menyebabkan Android diangkat sebagai platform yang lebih boleh diandalkan berbanding iOS mengikut maklum balas yang dilakukan oleh Blancco Technlogy Group.
Post a Comment