Web Hosting

Semakan Status Permohonan BR1M 2017

Semakan keputusan dan status permohonan BR1M 2017. Kepada pemohon yang masih tertanya-tanya samada anda berjaya atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): Pemohon sebenarnya boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BR1M.


Cara Membuat Semakan BR1M 2017

Terdapat 5 cara untuk mengetahui status permohonan BR1M anda:
  1. Semakan status BR1M secara online
    Ini cara paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
  2. Semakan status BR1M melalui telefon
    Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
  3. Semakan keputusan BR1M melalui email
    Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel (dengan menggunakan alamat e-mel yang dikemukakan semasa permohonan) ke br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
  4. Makluman keputusan permohonan BR1M secara pos
    Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M akan diposkan kepada pemohon. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
BR1M


Rayuan BR1M 2017

Maklumat mengenai rayuan BR1M 2017, sekiranya ada, akan dikemaskini sebaik ia diperolehi.
Semoga info ini berguna untuk semua pembaca.

No comments