Web Hosting

Zarul Umbrella Tampil Mohon Maaf Pada Peminat Yang Terasa Hati

Susulan luahan ahli kelab peminat Zarulians tentang sikap Zarul Umbrella yang mengabaikan mereka, penyanyi berkenaan telah tampil memohon maaf kepada peminat yang terasa hati dengan sikapnya. Menurut Zarul, beliau tidak tahu ada yang peminatnya yang berkecil hati kerana beliau melebih-lebihkan rakan kru penerbangannya.
Zarul berkata beliau melayan semua pihak sama rata dan tidak berniat untuk membeza-bezakan mana-mana pihak.
Baru saya tahu ada peminat yang tidak berpuas hati.  Saya bersama pihak pengurusan, kami layan sama rata semua pihak.  Tidak kisah sama ada Highflyers ke, Zarulians ke, semuanya sama.  Mungkinlah ada segelintir yang tidak berpuas hati.  Tapi saya dah cuba yang terbaik melayan semua sama rata.  Pembahagian tiket juga sama rata.  Tak ada beza-beza antara peminat dengan geng-geng MAS.  Semua sama.
Beginilah, sebagai manusia biasa, mungkin kelemahan dari sayalah.  Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.  Kepada yang terasa hati itu, saya minta maaf.  Sejujurnya saya tak ada niat langsung nak beza-bezakan siapa pun, geng MAS ke, Zarulians ke, peminat baru ke, peminat lama ke, semuanya saya layan sama rata.
Dengan permohonan maaf ini, Zarul harap segala salah faham dapat diselesaikan dan peminat tetap terus menyokong kariernya.
Salah faham adalah perkara biasa yang berlaku. Zarul juga banyak peminat dan kadang-kadang sebagai manusia biasa beliau ada terlepas pandang. Bak kata Zarul, kita tidak dapat menjaga hati semua pihak.

No comments