Web Hosting

Kerajaan Kelantan Umum 13 Disember Cuti Peristiwa

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan mengumumkan 13 Disember depan sebagai hari cuti peristiwa di negeri ini sempena pelantikan secara rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.


Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob, cuti berkenaan untuk memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara pada hari berkenaan dari Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.


Katanya, sehubungan itu semua kakitangan kerajaan negeri, penghulu, penggawa dan seluruh rakyat akan berada di LTSIP seawal jam 7 pagi pada hari berkenaan.

"Sebagai meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara, kita jangka kira-kira 10,000 rakyat akan berkumpul di LTSIP untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke 15.
"Kita sudah buat persiapan mengikutatur cara yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja," katanya selepas mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

No comments