Web Hosting

Seorang wanita kehilangan kucing kesayangannya 13 tahun lalu, namun takdir menemukan mereka semula

Pakar masih lagi kurang pasti akan keupayaan kucing yang hilang akan kembali semula ke pangkuan pemilik mereka tanpa sebarang peta, kompas ataupun peranti-peranti yang lain. Hal ini kerana, kucing lazimnya menggunakan hanya deria bau yang dikenalinya.

Difahamkan sebelum ini, terdapat beberapa kes kucing hilang yang terpaksa berjalan jauh untuk kembali pada pemilik mereka. Kucing yang hilang boleh dikesan menggunakan teknologi mekanisme yang canggih dan ianya masih lagi dalam kajian. 

Sebagai contoh, seekor kucing bernama Jill yang dilaporkan hilang dan kemudian akhirnya berjaya bertemu pemiliknya.

Seekor kucing yang sanggup jalan berbatu-batu untuk mencari semula tuannya
Kelly LaVette, berasal dari Carolina Selatan kehilangan kucing kesayangannya Abby 13 tahun yang lalu. Sewaktu kehilangan Abby, Kelly telah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata dan bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

Kelly tidak menyangka bahawa kucing kesayangannya yang hilang, ditemukan semula setelah 13 tahun berlalu. Sememangnya wanita itu kehilangan kata-kata kerana terlampau gembira.

Kelly hanya sempat memelihara Abby selama sebulan sahaja sebelum kucingnya itu hilang. Difahamkan bahawa Abby kemudian ditempatkan di sebuah pusat pelindungan haiwan dan diberi nama baru iaitu Jill. Seorang penyelamat, Alison Ferguson perasan bahawa kucing berkenaan dilengkapi dengan mikrocip pada tubuhnya.

Selepas diperiksa, Alison terkejut kerana Jill telah berjalan sejauh 75 batu daripada alamat rumah yang didaftarkan di Carolina Selatan. Jill berkemungkinan telah berpindah ke tempat lain bersama dengan pemilik baru yang membelanya, di mana Jill akhirnya ditinggalkan.

Nombor telefon dan alamat email yang tertera pada cip berkenaan pula tidak dapat dihubungi namun ia langsung tidak memutuskan semangat Alison untuk mencari pemilik asal Jill. Menerusi data lain, nama pemilik Jill ditemui dan Alison membuat keputusan untuk meninggalkan pesanan pada setiap individu bernama Kelly Amandrell di laman Facebook.

Dia bernasib baik kerana mendapat balasan daripada pemilik Jill yang asal, yang nampaknya mempunyai nama yang sedikit berbeza. Saya tahu ada sesuatu yang berlaku apabila saya dihubungi oleh orang yang menggunakan nama tengah saya (yang jarang digunakan), kata Kelly yang menjelaskan nama tengahnya ialah Mandrell. Ia mungkin mengalami kesilapan ketika didaftarkan, menjadikan proses mencari menjadi sukar.
Jill dan Kelly akhirnya bertemu semula

Sungguh tidak disangka-sangka bahawa takdir akan menemukan semula Kelly dengan kucingnya setelah bertahun-tahun terpisah. Kelly juga tidak teragak-agak untuk kembali menerima dan membela Jill seperti sebelumnya. Jill pula kelihatan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri, namun kini Jill sangat tenang dan berasa selamat.

Jill pada mulanya malu-malu tetapi selepas beberapa hari, dia sudah mula yakin untuk bermanja dengan saya. Dia akan ikut sahaja ke mana saya pergi, tidur bersama dan memeluk saya, kata Kelly.
Mereka sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk tinggal bersama semula

Alison, yang telah lama bekerja dengan haiwan, percaya bahawa apa yang berlaku kepada Kelly dan Jill merupakan satu keajaiban. Walaupun Jill dilengkapi dengan mikrocip, namun kebiasannya peluang untuk bertemu semula dengan pemilik adalah sangat tipis.

13 tahun telah berlalu, Kelly kini mempunyai nama yang berlainan, dan juga tinggal jauh daripada tempat di mana Jill ditemukan. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menemui antara satu sama lain walaupun terdapat halangan daripada segi masa dan jarak. "Saya rasa kisah seperti ini memberi sedikit harapan buat mereka yang kehilangan kucing, kata Alison.

No comments