Web Hosting

[VIDEO] Aguero menari 'Kami Menang Piala'



GELAGAT lucu Sergio Aguero menari tanpa baju dan berstokin meraikan kejayaan memenangi Piala Liga membuatkan rakan sepasukan Manchester City begitu ceria.
Kegembiraannya dilihat ketika membuat tarian ‘We Won The Cup’ di bilik persalinan ketika pasukannya menang 4-3 selepas terikat 0-0 pada waktu tambahan dalam pertembungan final di Wembley, London, semalam.
Penyerang Argentina terbabit tidak menjaringkan gol pada perlawanan itu tetapi hanya dapat melepasi jangkauan penjaga gol The Blues, Kepa Arrizabalaga pada penentuan sepakan penalti.
kekalahan itu bermakna hajat Chelsea membalas dendam dibelasah City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua minggu lalu masih tidak kesampaian.
Aguero pula meledak hatrik ketika dua pasukan itu bertemu pada perlawanan terakhir sebelum ini.
Ia kejayaan keenam City pada saingan Piala Liga itu dengan Liverpool masih terbanyak dengan lapan gelaran dalam sejarah pertandingan.



No comments