Demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang sekali lagi mengesahkan tiada dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun rasmi Pas.
Beliau menjelaskan, siasatan pihaknya setakat ini tidak menemukan apa-apa dana yang dikatakan daripada agensi berkenaan dalam akaun parti politik itu.
Bagaimanapun, Mohd. Shukri enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.
“Hasil siasatan SPRM setakat ini memang mendapati tidak berlaku kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada 1MDB ke dalam akaun Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE