Iskandar Berjaya ke Separuh Akhir Terbuka China, Akan Menentang Jan O Jorgersen Esok
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemain Perseorang lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin membuat kejutan apabila berjaya mara ke pertemuan separuh akhir Terbuka China untuk menetang Jan O Jorgersen esok apabila pemain muda itu berjaya mengalahkan pemain tuan rumah, Qiao Bin pada aksi suku akhir sebentar tadi.
Iskandar, 25, berjaya menewaskan lawannya dengan mata 21-19, 21-7 dalam masa 45 minit.
Kejayaan itu dilihat lebih manis buat Iskandar kerana berjaya membalas dendam selepas tewas kepada Qiao Bin ketika saingan Terbuka Korea Selatan pada September lalu.
Pencapaian terbaik anak jati Johor itu setakat ini adalah muncul naib juara Grand Prix Emas Masters Malaysia pada awal tahun ini.
Sumber: BH Online
Post a Comment