Web Hosting

KAHWIN BUKAN LAGI 'KEUTAMAAN' ELLY MAZLIEN


"Jika bercinta nanti memerlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak.

"Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini," ujar Elly Mazlein mengenai isu kahwin lagi.

Elly yang baru-baru ini gemar mengelarkan dirinya 'Kak Lina Pom Pom' menambah, dia sebenarnya masih belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati.





"Selepas apa yang saya lalui sebelum ini saya belum terfikir tentang mencari pengganti, tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian," tambah Elly yang mengakui memang ada lelaki yang cuba mendekatinya.

Bagaimanapun, katanya dia lebih senang hidup solo sambil melayan karenah bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lapan bulan.

Untuk rekod, Elly dan pengarah Azmi Hatta, berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil empat bulan.




Sumber: Mstar - Photo: Elly IG - www.myartis.com


Read more: http://www.myartis.com/2016/11/kahwin-bukan-lagi-keutamaan-elly-mazlien.html#ixzz4QNCrVEls

No comments