Web Hosting

Reen Rahim Akui Sudah Sedia Nikah, Segera Dapatkan Cahaya Mata!

Siapa sangka dalam diam rupanya aktres tinggi lampai iaitu Reen Rahim, 28, berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin. Namun tidak kesampaian kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.
Menariknya, menurut heroin yang bakal menemui penonton menerusi drama Diari Cinta Kita di TV9 nanti, keputusan untuk berkahwin awal adalah kerana mahu mendapatkan cahaya mata dengan cepat.
"Saya tak pernah pun menutup ruang hati saya dan seandainya ada kehadiran saya terima dengan hati yang terbuka.
"Sebelum ini saya memang ada menetapkan tarikh untuk kahwin awal kira-kira pada usia 24 ataupun 25 tahun. Walau bagaimanapun dah lepas.
"Ini kerana saya mahu jadi seperti ibu saya yang berkahwin awal pada lingkungan usianya dalam 20an. Sebab seronok, anak-anak dah besar pun dia muda lagi dan hubungan kami 'satu kepala'. Tapi nak buat macam mana saya tak fokus, jadi kalau lepas ini ada jodoh Insya-Allah," ujar Reen ketika ditemui pada Anugerah Skrin 2016.
Dalam perkembangan kerjaya lakonan, drama Diari Cinta Kita yang akan ditayangkan itu nanti Reen digandingkan dengan pelakon kacak, Fezrul Khan.
Hurmm mungkin Reen sendiri terlalu memilih tak? Lepas ni jangan lepaskan jodoh ya Reen. Ikat terus kalau dah bertemu jodoh ok.

No comments