Web Hosting

Amy Gementar Sertai Super Spontan Superstar

'Blur' Buat Amy Gementar Sertai Super Spontan Superstar

PROGRAM Super Spontan Superstar 2017 bakal membuka tirainya pada esok hari. Untuk musim kali ini ia menampilkan ramai pelawak tanah air yang bakal beraksi.

Nama Amy Mastura antara peserta yang akan berentap dalam program lawak santai ini. Dia yang dijangka menyertai kumpulan King Musang mengakui berasa risau dan gementar untuk membuat persembahan.
“Secara jujurnya saya memang rasa kurang yakin dengan diri saya sendiri, rasa gementar apabila memikirkan persembahan yang akan dilakukan nanti.
“Bukan apa, saya jenis yang ‘blur’ dan perkara yang menjadi kerisauan utama adalah jika saya lambat tangkap atau mahir dengan permainan yang diberikan,”katanya dipetik laporan Astro Gempak.
Mana taknya, program lawak seperti ini merupakan program pertama yang disertai penyanyi lagu Bintang Hati ini.
Menurutnya, para peserta yang bertanding hebat-hebat belaka dan berlatar belakang banyak program realiti yang mengetengahkan lawak sebagai subjek utama.
“Permainan yang spontan memang memerlukan minda yang cergas, mereka juga perlu cepat ‘pick up’ dengan keadaan sekeliling yang berlaku.
“Kata-kata yang diberikan oleh pihak lawan juga perlu dibalas dengan cepat dan secara spontan, sebab itu saya sangat kagum dengan para peserta program ini,”ujarnya.
Untuk musim 2017 ini, dua kumpulan iaitu kumpulan King Musang dan kumpulan Tenggiling Taiko akan berentap.
Kumpulan King Musang dianggotai oleh Amy Mastura, Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz dan diketuai oleh Shuib Sepahtu.
Manakala Kumpulan Tenggiling Taiko pula dianggotai oleh Achey (ketua kumpulan), Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Daniel, Sharifah Shahira dan Ozlynn.
Program ini akan bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, Selangor dan akan dipancarkan di saluran Astro Warna dan Astro Warna HD.
Jadi, jangan lupa saksikan artis kegemaran anda beraksi pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam. 

No comments