Web Hosting

Jangan Angkat Panggilan Ini, Ia Adalah Scammers!

Jangan Angkat Panggilan Ini, Ia Adalah Scammers!

KES penipuan atau lebih dikenali sebagai scammers menerusi panggilan telefon kini bukanlah satu perkara yang baharu malah dilihat semakin berleluasa.

Pelbagai jenis taktik licik yang digunakan penjenayah jarak jauh itu bagi memperdayakan orang ramai untuk percaya. Jangan mudah percaya!
Antaranya, menyamar sebagai wakil atau ejen daripada bank tempatan, penipuan yang diselitkan dalam peraduan dan cabutan telefon bertuah seterusnya cuba ‘jerat’ netizen untuk menyerahkan wang dengan cara tertentu.
Seperti perkongsian daripada seorang jejaka, Juann Chemara di laman Facebook tentang scammers yang cuba tipu mengatakan konon mangsa ada hutang kad kredit sebanyak RM36,517.93 dengan salah sebuah bank tempatan.
Apa yang pelik berhubung perkara itu, si mangsa sama sekali tidak pernah menggunakan khidmat kad kredit.
Juann yang pelik dengan perkara itu, terus menghubungi pihak bank untuk pengesahan.
Terkejut!!!
Rupa-rupanya bukan dia seorang sahaja mangsa malah sudah ramai yang jadi mangsa. Pihak bank sendiri mengakui bahawa mereka pernah banyak menerima report untuk kes scammers daripada nombor yang sama.
Bagaimanapun, Juanna berkata dia sempat merekod perbualan dengan scammers, pihak TM dan pihak CIMB sendiri. Berikut adalah rakaman tersebut:
Video 1 : Panggilan daripada scammers.
Video 2 : Panggilan ke pihak TM
Video 3 : Panggilan ke pihak CIMB

Haaa… dah dengar sendiri kan?
Perkongsian tersebut menerima lebih daripada 16,000 perkongsian sehingga kini di laman Facebook sekali gus mendapat reaksi netizen yang pelbagai.
Rata-rata netizen meminta mangsa untuk bersikap lebih berhati-hati dan terus membuat laporan polis agar kejadian seperti itu tidak lagi berulang.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang sama berkongsi pengalaman menjadi mangsa nombor durjana berkenaan.
Baiklah, kesimpulannya di sini. Semua orang diminta berhati-hati dan alert dengan perkara seperti ini.
Malang itu tidak berbau, kita tidak menjangka mungkin anda mangsa seterusnya pula yang akan mereka call?
Sekali lagi diingatkan, jangan sesekali pick up call daripada nombor 07-2212022. Semua orang diminta simpan nombor ini sebagai scammers agar tidak ditipu!
Mohon dikongsi bersama ya!

Kredit : mynewshub

No comments