Web Hosting

Tarian Baby Shark Tarik Perhatian, Jadi Fenomena

TIDAK lama dahulu, lagu Gwiyomi dan Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) menjadi kegilaan rakyat Malaysia; kini tarian Baby Shark pula menjadi fenomena terbaharu.

Lagu ‘berjangkit’ ini simple sahaja lirik dan melodinya, namun menjadi ikutan bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak, malah juga orang dewasa!
Malah, artis tanah air juga tidak ketinggalan untuk merakamkan video tarian ini dan berkongsi di laman sosial mereka.
Dan sesuatu tidak akan layak digelar fenomena sehinggalah Ratu Parodi, Jihan, merakamkan video satiranya sendiri: bekas peserta Raja Lawak itu turut memuat naik video dirinya menari lagu kanak-kanak ini!

Bukan itu sahaja, malah ‘Mak Cun’ pun turut memuat naik tarian tesebut yang dilakukan bersama keluarganya. Video berkenaan juga telah mencapai 80,000 tontonan setakat ini di laman Instagram.
Manakala isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza juga ada merakamkan tarian ini bersama keluarganya.
Yang menariknya, mereka merakamkan aksi tersebut di kolam mandi seolah-olah memang betul ada jerung dalam kolam itu! Terhibur betul kami menontonnya!
Sekadar berkongsi latar belakangnaya, lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang sekumpulan keluarga ikan jerung yang ingin keluar memburu dan disertakan dengan tarian yang mudah.
Disebabkan rentaknya yang catchy dan tariannya senang ditiru, ramai netizen telah memuat naik tarian mereka dengan menggunakan hashtag #babysharkchallenge.
Sehingga kini terdapat lebih 30,000 post mengenai cabaran tarian ini.
Lagu kanak-kanak ini telah dimuat naik ke laman YouTube sejak Jun lalu, namun baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mampu membuatkan ramai orang ‘demam’ dengan lagu ini.
Rasa-rasanya kepada sesiapa yang mengalami hari yang kurang baik pada hari itu, mungkin boleh tonton video ini yang sudah pastinya akan menghiburkan hati anda! –


Sumber :  MYNEWSHUB.CC

No comments