Web Hosting

Asyik Kangkang, Hijabista Ini Teruk Dihentam Netizen

BERTUDUNG sudah nampak manis, cantik pula tu. Sejuk aje mata memandang tapi… sayang… perangai pula tidak kena.

Tular di laman sosial baru-baru ini, beberapa keping foto gadis dalam keadaan posingberhijab sambil mengangkang telah menarik perhatian orang ramai.
Tindakan gadis Muslim berkenaan yang memuat naik foto tersebut telah mendapat hentaman yang teruk dalam kalangan netizen.
Apa yang membuat keadaan menjadi semakin ‘panas’ adalah terdapat salah satu daripada gambar itu yang disertakan dengan kapsyen, ‘Nasi kangkang nak?’.
Nasi kangkang ye dik…Dah biasa buat ke macam mana? Hmmm…
Berikutan kenyataan berani mati itu, orang ramai dilihat tidak teragak-agak untuk mengecam gadis berkenaan.
Bagaimanapun, menurut sumber tidak lama selepas itu kenyataan tersebut telah dipadam dan diupdate dengan hanya meletakkan emoji sahaja.
Bukan itu sahaja, malah ruangan komen pada gambar berkenaan turut telah ditutup oleh tuan empunya akaun.
Hijabista yang dikenali sebagai Yaya itu tampil memberi penjelasan berkenaan tindakan tersebut.
Dia juga tidak menyangka bahawa dirinya akan dihentam sebegitu teruk kerana apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar untuk tujuan ‘suka-suka’ sahaja.
Yaya, 19, turut mengakui sendiri gambar dalam keadaan pose kangkang itu sebenarnya adalah tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama bagi golongan yang berhijab.
“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?
“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” ujarnya melapor mStar Online.
Gadis kelahiran Kuala Terengganu ini bagaimanapun dilihat mempunyai alasan yang tersendiri berhubung tindakan ‘panas’ tersebut.
Ketika ditanya soal kapsyen yang dipadam, Yaya memberitahu tindakan itu dibuat sejurus ditegur oleh majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku.
“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan usahawan yang berjaya,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah sekiranya dikecam teruk oleh orang luar. Namun apa yang membuat dia terkilan ialah kawan baiknya sendiri turut mengecam.
“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya.
Yaya memberitahu, dia akan mempertimbangkan untuk delete semua gambar asyik pose ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya nanti.
Dik…awak tu bertudung, tak manis duduk kangkang macam tu. Kepit sikit lah.
Lagi manis kalau awak duduk bersimpuh. Macam wanita melayu terakhir gitu. Hakak gerenti tak ada sapa yang kecam lepas ni…

Sumber : MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura


No comments