Web Hosting

(PSA) Video Klip Kebakaran Sangat Menggangu Emosi Keluarga, Sila Padam - Dr Zubaidah Jamil Osman


Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat yang menyebabkan 24 kematian, hari ini sememangnya menyantuh hati.

Akan tetapi tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan gambar mayat dan video ketika kejadian berlaku dianggap sangat tidak menghormati mangsa. Video ketika api sedang marak di lokasi awal pagi tadi bersama azan subuh jelas kedengaran adalah antara video yang kerap dikongsi oleh netizen.

Menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pakar psikologi dilaporkan telah menghantar pesanan yang meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan video tersebut.

Bagi menghormati ahli keluarga mangsa kebakaran (di sekolah tahfiz pagi tadi), ada benarnya pesanan di bawah ni supaya kita tidak viral kejadian kebakaran.

Saya dengar seorang mangsa sentiasa tercari-cari adiknya ketika dirawat di HKL (status adik masih unknown). Saya tak dapat bayangkan rasa bersalah yang beliau akan hadapi sepanjang hidupnya. Semoga Team psychologist dan psy mampu bantu adik ini dan keluarga sembuh dari trauma.

##########################

Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain.

Pihak Psych HKL sedang menjalankan Psychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat.

The video clip can be very traumatising and disturbing for those who are trying to cope with these challenging and difficult times.

Terima kasih.
Dr Zubaidah Jamil Osman
President 
Malaysian Society of Clinical Psychology

Penyebaran video tersebut, mampu membuatkan mangsa truma dan menggangu pemulihan mereka.

Sumber :siakapkeli

No comments