Web Hosting

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Tahfiz

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran berjaya ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut portal Harian Metro yang memetik sumber sebagai berkata, remaja berkenaan kemudian dibawa pihak polis kembali ke lokasi kejadian semalam untuk proses pengumpulan bukti.
Tinjauan di lokasi insiden tersebut mendapati remaja berjaket hitam itu tidak dibawa dalam keadaan bergari, sebaliknya diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Selain memeriksa petunjuk terbaharu iaitu rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV), tumpuan siasatan polis juga adalah keadaan pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz berkenaan.
Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz tersebut dan Taman Tasik Datuk Keramat didapati mempunyai beberapa kesan potong serta sudah diregangkan pihak tertentu.
Sumber memberitahu akhbar berkenaan, polis yang menjalankan siasatan turut sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran misteri pusat tersebut.
“Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota polis meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi antara laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.
“Malah, faktor pelajar cuba ‘curi’ menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi turut diambil kira sebagai membantu dalam melengkapkan proses siasatan,” kata sumber.
Jelasnya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan kepada hasil siasatan dilakukan oleh Unit Forensik Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.
Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga menghampiri pagar itu dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlaku pencerobohan. – HAA

1 comment:

  1. Global World Hackers adalah rumah penyelesaian penggodam. kami sangat jenius ketika datang ke penggodaman, pengurus ITC kami tersedia untuk mengendalikan semua pekerjaan hacking anda. Kami menyampaikan kepada pelanggan dengan kadar yang berpatutan dan kelajuan yang hebat. Kami tidak membuang masa dan kadar kejayaan kami dijamin 100%. Perkhidmatan kami termasuk gred Universiti Perubahan Facebook, twitter, IG hack Email hack Yahoo hack Gmail hack Outlook Hack AOL Hack Lap rekod jenayah Bersihkan hutang kad kredit MasterCards / visa kad Akaun bank WU pemindahan Money Gram Pemindahan Kredit Pangkalan data hack dan banyak lagi. Antara perkhidmatan lain yang disesuaikan ... semua ini adalah kadar yang sangat baik. Keputusan dijamin. Hubungi kami di Globalworldhackers@gmail.com

    ReplyDelete