Web Hosting

RCI Forex BNM: Urus Niaga Lebih AS$1 Bilion Sehari

RCI Forex BNM: Urus Niaga Lebih AS$1 Bilion Sehari

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dikejutkan dengan pendedahan seorang bekas pedagang tukaran mata wang asing (forex) yang menyatakan transaksi melebihi AS$1 bilion sehari!

Beliau yang merupakan saksi ke-18 malahan mengesahkan kepada panel RCI bahawa urus niaga forex dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an adalah tidak kurang nilai AS$1 bilion (RM4 bilion) sehari.
Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing BNM, Azman Mat Ali menjelaskan, bank pusat tersebut pada ketika itu hanya mempunyai empat orang pedagang mata wang asing termasuk ketua pedagang.
Ujar beliau lagi, semua arahan untuk pelaksanaan segala aktiviti jual beli mata wang asing dikeluarkan sendiri secara langsung oleh Penasihat BNM merangkap Ketua Pedagang ketika itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Saya tidak berani menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa arahan salah seorang daripada mereka,” terang Azman yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini pada Khamis.
Beliau dipanggil sebagai saksi dalam prosiding pendengaran RCI untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga forex oleh BNM sekitar dekad 1990-an yang bersidang hari ketujuh, hari ini. – 


Sumber :Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments