Web Hosting

Program TV Perkahwinan Budak Lelaki Ditarik Balik

Program TV Perkahwinan Budak Lelaki Ditarik Balik

SEBUAH program TV yang memaparkan adegan perkahwinan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan remaja wanita berumur 19 tahun terpaksa ditarik balik selepas mendapat kecaman ramai.

Susulan kecaman itu, episod terakhir program di India itu yang bertajuk Pehredar Piya Ki (pengawal suami) terpaksa dibatalkan.
Ia dikecam hebat kerana memaparkan perkahwinan kanak-kanak, yang dibimbangi akan merebak di beberapa kawasan di India.
Malah terdapat babak dalam program itu di mana pasangan muda terbabit bercakap mengenai bulan madu.
Susulan itu, petisyen telah dihantar kepada Menteri Penyiaran, Smriti Irani dengan 50,000 tandatangan dalam masa 48 jam, menggesa agar program seumpama itu diharamkam.
“Program ini menggalakkan perkahwinan kanak-kanak dan ia hanya memberikan kesan negatif kepada masyarakat,’’ kata seorang profesor undang-undang, Asha Bajpai.
Mngikut undang-undang di India, usia perkahwinan sah bagi seorang wanita adalah 18 tahun manakala lelaki pula 21 tahun. – MYNEWSHUB.CC


No comments