Web Hosting

No More Bodyguard, Kini Aliff Syukri Mohon Senjata Api

PENGASAS produk D’herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dilihat semakin berani nampaknya. Kini dikhabarkan sedang membuat permohonan untuk memiliki senjata api sendiri.

Fuhhh… Senjata api? Mana bodyguard Datuk? Takkan dah resigned kot?
Semalam, Aliff telah memuat naik satu gambar menerusi akaun Instagram miliknya yang memaparkan di mana dia sedang memegang beg bimbit menuju ke Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.
Menerusi gambar tersebut, Aliff menerangkan secara ringkas bahawa dia meminta orang ramai untuk bersama mendoakan agar permohonan untuk memiliki senjata api dipermudahkan dan diluluskan.

“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan, supaya saya lebih selamat. No more Bodyguards, I’m stronger,” tulisnya menerusi kapsyen pada gambar berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 19,000 likes itu secara tidak langsung dilihat mendapat pandangan netizen yang pelbagai.
Macam biasa ada yang bersetuju. Namun, tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan tindakan pengasas yang mendedahkan secara terbuka kerana khuatir membawa mudarat kepada dirinya sendiri.
“Insya Allah… Moga Dato’ dilindungi dari segala bencana… Amiiiin…jangan lupa teruskan bersedekah dan jaga dua ibu bapa dan masyarakat,” tulis @manmala7477.
“Media sosial nih kekadang memudahkan kerja si penjenayah. Mungkin ini strategi pemasaran tetapi ini kurang tepat pada pandangan saya. Maafkan saya Dato’,”komen @muhammadonly pula.
Bagaimanapun, menurut laporan mStar Online, Aliff telah membalas komen netizen dengan berkata posting itu dimuat naik hanya sekadar untuk berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan dengan pengikut.
Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai tidak terus menerus melemparkan pandangan atau fikiran negatif terhadapnya.
Hmmm… Tak salah niat untuk berkongsi tu, tapi bab macam ni untuk keselamatan apa kata kalau dirahsiakan? Tak ke lagi selamat? Bagaimana pula dengan pandangan anda? – 

Sumber : MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

No comments