3 Juta ‘Berhijrah’ Kepada Telegram Dalam 24 Jam
WASHINGTON – Gangguan teknikal pada rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook, Instagram dan WhatsApp menyebabkan kira-kira tiga juta pengguna internet ‘berhijrah’ kepada aplikasi Telegram.
RT News yang memetik Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov sebagai berkata, syarikat rangkaian komunikasi itu menerima kira-kira tiga juta pendaftaran baharu menjadikan keseluruhan 200 juta pengguna dalam tempoh 24 jam.
Baca Juga : SENARAI LINK TELEGRAM CHANNEL TERBAIK MALAYSIA
Sambil melahirkan rasa bangga, Durov berkata, ia adalah satu bentuk merit kepada Telegram sebagai aplikasi alternatif pengantaran mesej yang paling berkesan. – Agensi
Post a Comment