Web Hosting

Pengguna Celcom Menggunakan Data Sebanyak 12.4GB Secara Purata Setiap Bulan

Image result for Pengguna Celcom Menggunakan Data Sebanyak 12.4GB Secara Purata Setiap Bulan

Celcom hari ini telah berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka, sekaligus berkongsi purata penggunaan data internet oleh pelanggan mereka. Menurut Celcom, pada 2018 yang lepas, penggunaan data internet oleh setiap pelanggan mereka mencapai 12.4GB sebulan.
Celcom Data 2018
Angka ini memperlihatkan peningkatan drastik berbanding pada 2016 yang lepas, dimana ketika itu hanya sekitar 3.1GB sebulan oleh para pelanggan Celcom.
Menurut Celcom juga, ramai yang lebih menggunakan data internet untuk menonton video – berbeza dengan beberapa tahun lepas yang mana pengguna lebih mengutamakan pelayaran web dan mengakses media sosial.
Celcom Data 2018
Bagi anda sendiri, berapakah penggunaan data purata setiap bulan? Adakah melebihi 12.4GB setiap bulan? - Amanz

No comments