Web Hosting

Wajah anak dikutuk macam pondan, Jasmin Hamid bagi amaran buat pengikut di IG

Hati ibu mana yang tidak terguris dan kecewa apabila fizikal anak kesayangan dikutuk mulut-mulut jahat yang merasakan diri mereka sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Itu yang dilalui oleh pelakon hebat, Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Jasmin Hamid apabila terdapat individu yang menghina rupa paras anak perempuannya, Rohana.


Baru-baru ini, pelakon berusia 47 tahun itu memuat naik sebuah posting berkongsi satu paparan komen daripada seorang individu seakan-akan mengejek anak angkatnya itu yang dikatakan kelihatan seperti mak nyah.

Kepada para manusia yang berhati hitam, hati -hati bila nak komen kerana segalanya akan di hisab kelak.. sudah pasti saya akan dan ambil tindakan pada orang-orang seperti ini sebelum ia menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang allah berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain.

Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya.. kamu tidak tahu asal usul anak perempuan saya.. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kamu kerana kamu telah mencela anak yatim, ujar Jasmin.


Pelakon drama Suamiku Encik Perfect 10 itu juga menyatakan tujuan dia memuat naik posting tersebut adalah untuk memberi amaran kepada pengikutnya supaya lebih berhati-hati dan fikir sebelum bertindak.

Tujuan saya post tentang ini untuk warning pada negative netizen supaya lebih berhati -hati bila nak komen di wall saya.. semua followers saya adalah positive!,Tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta pelakon itu untuk bersabar dan menasihati dirinya agar tidak mempedulikan individu berkenaan.
Beliau membesarkan dua anak angkatnya iaitu Rohana dan Luqman Haqim manakala Ian Haziq pula merupakan anak kandung hasil perkahwinan bersama Ian Rashid.
: Instagram Jasmin Hamid

Komen

No comments