Web Hosting

Guna Google Chrome? Kemaskini Ke Versi Terkini Sekarang Dan Elak Menjadi Mangsa Kerentanan Sekuriti

Image result for Guna Google Chrome? Kemaskini Ke Versi Terkini Sekarang Dan Elak Menjadi Mangsa Kerentanan Sekuriti
Google kini telah berkongsi beberapa kemaskini sekuriti untuk pelayar web Google Chrome mereka. Selain daripada kemaskini memfokuskan untuk pengguna Windows, pihak Google turut kini berkongsi mengenai satu lagi kerentanan sekuriti pada pelayar web mereka, yang mana telah pun diatasi melalui versi terbaru Chrome yang ditawarkan sejak minggu lepas.
Kerentanan berkenaan dikatakan memberikan kesan terhadap semua pengguna Chrome pada pelbagai sistem operasi – termasuk Windows, Mac dan Linux.
Kerentanan berkenaan dikatakan sebagai masalah pengurusan memori pada FileReader yang terdapat pada Chrome. Ia merupakan API web yang memberikan kemudahan untuk aplikasi berasaskan web untuk membuka kandungan daripada komputer. Walaubagaimanapun, melalui kerentanan padanya, ia memberikan ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kod atau perisian berbahaya pada komputer pengguna.
Untuk mengatasinya, pihak Google telah pun menawarkan kemaskini untuk pelayar web berkenaan pada semua platform – desktop dan juga peranti mudah-alih. Seperti ramai sedia maklum, kemaskini Chrome dilakukan secara automatik pada pelbagai peranti, dan memudahkan tugasan anda.
Namun, ada kalanya ia mungkin mengambil beberapa hari sebelum anda menerimanya sebagai kemaskini automatik. Atau ada kalanya anda terlupa memulakan semula pelayar web selepas kemaskini berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda dinasihatkan untuk mengemaskini pelayar web anda hari ini, sekaligus mengelak menjadi mangsa kerentanan sekuriti ini. Pastikan anda menggunakan Chrome versi 72.0.3626.121 atau yang terkini. - Amanz.my

No comments