Web Hosting

Zinedine Zidane Kembali Ke Real Madrid

Image result for Zinedine Zidane Kembali Ke Real Madrid

MADRID – Zinedine Zidane berkata tidak dia berdepan sebarang keraguan ketika membuat keputusan untuk kembali bersama Real Madrid menggantikan Santiago Solari yang dipecat daripada mengemudi skuad Los Blancos berkuatkuasa semalam.

“Apabila presiden menghubungi saya, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah terima tawaran itu. Saya tidak boleh menolak tawaran itu, saya tidak pernah berasa ragu-ragu untuk kembali.”
Zidane menandatangani kontrak hingga Jun 2022, sembilan bulan selepas dia meletakkan jawatannya pada musim lalu, menyaksikan dia membantu Madrid mengekalkan kejuaraan Liga
Juara-Juara tiga tahun berturut-turut.
Pemecatan Solari sudah dijangka selepas Madrid tewas tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri iaitu ketika bertemu Barcelona dua kali dan Ajax.
Bagaimanapun, kembalinya Zidane dengan La Liga masih berbaki 11 perlawanan tiada sebarang sasaran diletakkan berbanding ketika kelab itu di bawah bimbingannya yang penuh dengan deretan piala dalam koleksi mereka.
“Saya berundur kerana kelab memerlukan perubahan pada hujung musim, ia juga baik untuk semua pihak, terutama selepas menang begitu banyak gelaran.
“Saya kembali semula kerana presiden sendiri menghubungi saya. Saya sukakan dia dan saya juga sayangkan kelab ini, maka sebab itulah saya ada di sini semula,” katanya lagi.
Zidane berdepan cabaran untuk menukar barisan pemain dengan membawa masuk lebih ramai pemain muda untuk digantikan dengan pemain yang sudah tua di kelab tersebut.
“Saya tidak mahu melupakan apa yang telah kami menangi namun saya juga tidak boleh mengabaikan kesilapan yang kita lakukan pada tahun lalu.
“Kita kalah dalam La Liga dan piala lain namun kami memenangi Liga Juara-Juara, bagaimanapun saya tahu kedudukan sebenar saya. Kami akan mengubah beberapa perkara namun bukan buat masa sekarang. Kita akan ada masa berbincang dengan presiden dan dengan kelab mengenai apa yang boleh kita lakukan,” kata bekas pemain Perancis itu lagi. – Agensi

No comments