Bertindak Tegas Media Sosial Langgar Undang-Undang
KUALA LUMPUR – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah agensi-agensi penguat kuasa hendaklah bertindak tegas ke atas sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang.
Titah baginda, sungguhpun kerajaan meraikan keterbukaan dan kebebasan bersuara, adalah penting kebebasan itu dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang serta norma kehidupan masyarakat.
“Menyentuh berkenaan pengaruh media, terutama penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat.
“Agensi-agensi penguat kuasa hendaklah bertindak tegas ke atas sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang,”titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Post a Comment