Web Hosting

“Relaks….” Titah Al-Sultan Abdullah

Image result for “Relaks….” Titah Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana merasakan suasana agak serius, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meminta ahli-ahli Parlimen supaya bertenang.

“Relaks…,” titah baginda setelah meneguk minuman ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen, di sini hari ini.
Baginda kemudiannya meneruskan gurauan apabila membandingkan umur baginda dengan usia Parlimen.
“Tahun ini usia Parlimen 60 tahun, sama dengan umur saya,” titah baginda yang kemudian disambut dengan gelak tawa ahli-ahli Parlimen. – UTUSAN ONLINE

No comments