Web Hosting

Trailer Boboiboy The Movie 2 Cecah 1.5 Juta Tontonan

Image result for TRAILER BOBOIBOY THE MOVIE 2 CECAH 1.5 JUTA TONTONAN

JUMAAT lalu, trailer filem animasi kedua Boboiboy The Movie telah ditayangkan di YouTube serta beberapa laman media.

Rata-rata peminat memuji kualiti video yang dihasilkan.
Tidak kiralah sama ada dari segi animasi, aksi atau muzik latar semuanya dikatakan berada di tahap ‘top nocth’ hingga ada yang membandingkannya dengan trailer filem Avengers.
Malah keterujaan itu jugalah membuatkan trailer berkenaan ‘meledak’ di YouTube hingga mencapai lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 4 hari.
Pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak menerusi Facebook peribadinya berkongsi penghargaan terima kasih dengan sokongan peminat meskipun filem itu belum lagi ditayangkan.
Untuk makluman anda, Animonsta Studios kini turut bekerjasama dengan Astro Shaw dan sudah pastinya kualiti yang ditampilkan berada pada tahap yang terbaik!
Walau bagaimanapun sehingga kini tarikh tayangan filem BoboiBoy The Movie 2 masih belum diketahui, jadi sama-samalah kita tunggu pengumuman daripada Animonsta Studio dan Astro Shaw. – FMT

3 comments:

  1. Bila Boboiboy The Movie 2 nak keluar dekat Telegram!!!!!

    ReplyDelete
  2. Bile boboiboy the movie nak keluar kat telegram.Tak sabar ni nak tengok.

    ReplyDelete
  3. Bila nak keluar movie nie dekat telegram.. Tolong cepat cepat tak sabar nak tengok nie

    ReplyDelete