Web Hosting

Definisi BFF Sebenar, Elfira Loy Buat Kejutan Istimewa Untuk Bella Dally

Bagi meraikan sahabat baiknya, Bella Dally yang bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy membuat kejutan istimewa buat Bella.


Walaupun tidak secara besar-besaran, momen indah itu cukup membuatkan Bella rasa terharu.


Menerusi akaun Instagramnya, Elfira berkata beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakan sahabat baiknya itu dan turut mendoakan agar segala perancangan perkahwinan Bella berjalan lancar seperti yang dirancang.


Berseri betul wajah kedua-dua selebrit ini, Elfira semakin manis wajahnya selepas berkahwin dan Bella pula sangat cantik dan jelas sekali terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Kami harap hubungan persahabatan mereka berdua ini akan kekal baik sehingga akhir hayat.

No comments