Web Hosting

5 Perkara Menarik Tentang Janda Hot Rara Othman, Ahli Politik Yang Layak Digelar Paling Jelita Di Malaysia



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara yang bertanding dalam PRU14 yang lepas telah mencuri tumpuan masyarakat berikutan rupa parasnya yang menawan dengan penampilan bertudung.

Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter, dan gambarnya diedarkan secara meluas semasa Bersih 3.0, dan dari situ dia dapat nama panggilan Puteri Bersih.

Tidak keterlaluan jika kami di Hangat.com katakan, Rara antara calon wanita bertudung yang paling jelita bertanding untuk PRU14. Tak percaya? Jom lihat foto-foto pesona Rara dan sedikit info tentang wanita jelita ini.

Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.

Matlamat Dalam Parti



Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, salah satu matlamatnya dalam parti itu adalah untuk menarik lebih ramai Melayu supaya stigma DAP hanya khusus kepada parti Cina dapat dihakis.

Lulusan Diploma



Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.

Perjuangan



Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.

Perkahwinan



Rara bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah di mana mereka melangsungkan pernikahan pada September 2016. Mengenai perkembangan terbaru, Rara telah sah bercerai talak satu pada 7 Mac 2019. Dipetik dari Utusan, Hakim Mahkamah Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan ADUN berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

IG Young Syefura via hangat.com

p/s : update, rara sekarang dah bercerai pada 7/3/2019 dengan talak 1
copyright 2018 All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

No comments