Web Hosting

Sentiasa sokong & nasihat -Video panas tersebar, Ibu Aiman Tino beri kenyataan

Semalam telah tular di media sosial mengenai video panas penyanyi remaja Aiman Tino yang didakwa tidak berpakaian dan keadaan seperti itu dirakam olehnya. Aiman Tino, 20 yang sebelum ini dikatakan bebas kontroversi telah mengejutkan ramai pihak terutamanya netizen kerana berkelakuan tidak senonoh seperti itu.

Menurut sumber yang diperoleh menerusi Mstar, video tersebut dikatakan asli miliknya berikutan tempat video itu dirakam sama dengan satu rancangan terbitan sumber yang menemu bual penyanyi tersebut.


Aiman turut memuat naik satu posting di Instagram miliknya dengan meminta semua pihak agar tidak memanjangkan isu tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terus menyebarkan video panasnya itu. Pelantun lagu Ku Rela Di Benci ini juga memohon maaf dan berterima kasih kepada teman media yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya.

Namun begitu, Aiman tidak langsung memberi penjelasan ataupun menafikan video tular tersebut adalah miliknya ataupun bukan.


Rata-rata netizen mulai menyerang Instagram Aiman dengan bertanyakan kesahihan isutersebut. Ada juga peminat penyanyi lelaki itu yang memberi semangat agar Aiman tabah dalam mengahdapi dugaan yang berlaku.


Selepas dihambat dengan kontroversi panas ini, ibu Aiman Tino turut mengeluarkan kenyataan kepada Berita Harian dengan meminta Aiman menyelesaikan isu ini sendiri kerana penyanyi tersebut sudah matang dan boleh mengendali masalahnya. Dia sebagai ibu sekadar menyokong dan memberi nasihat semampunya.

Tiada apa yang dapat saya komen mengenai hal ini, lebih baik diserahkan kepada Aiman untuk menguruskannya. Dia sudah matang dan boleh berfikir sendiri mengenai baik buruk setiap tindakan dilakukan.

Sebagai ibu, saya hanya dapat memberikan sokongan dan juga nasihat, Ujarnya.

Komen

No comments