Web Hosting

Bagaimana Menghentikan YouTube Daripada Memainkan Video Secara Automatik Pada Android Dan iPhone?

Image result for Bagaimana Menghentikan YouTube Daripada Memainkan Video Secara Automatik Pada Android Dan iPhone?
YouTube hari ini telah mula mengaktifkan sebuah ciri baru untuk semua pengguna, dinamakan “Autoplay on Home”. Melaluinya, YouTube akan memainkan sesuatu video pada halaman utama aplikasi berkenaan secara automatik ketika anda menatal – tanpa mengeluarkan bunyi daripada video berkenaan.
YouTube memperkenalkan ciri ini dalam usaha memudahkan pengguna untuk pra-lihat sesuatu video dan memilihnya untuk meneruskan tontonan atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak menyukai ciri ini, anda boleh mematikannya.
Untuk mematikannya, anda hanya perlu ke halaman profil, dan memilih “Settings”. Seterusnya, pada bahagian “Autoplay”, pilih “Autoplay on Home”. Seterusnya anda boleh memilih untuk mematikan ciri ini, atau mengaktifkannya, atau memilih untuk mengaktifkannya hanya ketika menggunakan rangkaian WiFi sahaja.
YouTube Auto On Play
Settings > Autoplay > Autoplay on Home
Bagi anda yang sering menonton YouTube pada Android dan iPhone, boleh membuat perubahan pada tetapan anda. Untuk anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan ciri “Autoplay on Home” ini? - Amanz.my

No comments