Web Hosting

Mozilla Melancarkan Firefox Send – Perkhidmatan Perkongsian Fail Mencapai 2.5GB Secara Percuma

Image result for Mozilla Melancarkan Firefox Send – Perkhidmatan Perkongsian Fail Mencapai 2.5GB Secara
Mozilla sebelum ini telah mula menguji ciri Firefox Send dengan kebolehan penghantaran fail mencapai 1GB. Setelah 2 tahun di dalam fasa percubaan, fungsi Firefox Send kini telah diperkenalkan secara rasmi untuk kegunaan semua pengguna.
Firefox Send membolehkan pengguna menghantar dan menerima fail melalui sebarang pelayar web moden. Ia membolehkan pengguna menghantar fail mencapai 1GB (atau 2.5GB untuk pengguna berdaftar), dengan menyajikan pautan khusus selepas anda memuat-naik fail tersebut. Pautan yang diberikan kemudiannya perlu dikongsikan kepada penerima, kerana pautan ini mempunyai tempoh masa yang terhad. Pengirim boleh menetapkan kadar masa ini bermula 5 minit, 1 jam, 1 hari, dan 7 hari.
Apabila tempoh ini tamat, fail yang telah dimuat-naik akan dipadamkan dan pengguna perlu memuat-naiknya semula untuk melakukan perkongsian baru. Apa yang menarik, pautan ini juga akan terpadam secara sendiri selepas penerima berjaya memuat-turun fail ini dalam kadar yang ditetapkan oleh pengirim. Pengirim boleh menentukan kadar muat-turun ini bermula 1-5, 20, 50, dan 100 jumlah muat-turun.
Fungsi turut menyokong teknologi penyulitan yang tinggi bagi memastikan fail anda berada dalam keadaan selamat. Dengan sokongan penyulitan ini, fail yang dikongsi tidak akan dilihat oleh mana-mana pihak, termasuk daripada pihak Mozilla sendiri.
Firefox Send telah sedia digunakan bermula hari ini melalui apa jua pelayar web yang anda sedang gunakan. Anda boleh menuju ke halaman send.firefox.com dan memulakan perkongsian fail bersaiz besar di antara kenalan anda.

No comments