Web Hosting

Sony Jangka Umum Pengeluaran PS5 Tahun Depan

Image result for Sony Jangka Umum Pengeluaran PS5 Tahun Depan

BAGI penggemar permainan video, memiliki Sony PlayStation pastinya menjadi impian utama mereka.

Sudah sekian lama PS4 dikeluarkan, kini timbul ura-ura bahawa Sony akan mengeluarkan PS5 tidak lama lagi.
Gergasi teknologi itu dijangka akan membuat pengumuman pada tahun ini sebelum ia diperkenalkan kepada umum, pada 2020.
Dalam pada itu, PS5 dijangka membawa dimensi baharu buat penggemar permainan video.
Selain teknologi baharu yang lebih canggih, ia dijangka akan menggunakan paparan visual yang lebih mantap.
Antara yang paling menarik tentunya teknologi penjejak cahaya (ray tracing).
Fungsi itu akan menyuntik nafas baharu dalam paparan visual serba canggih apabila ia mampu menghasilkan bayang-bayang persis gambaran sebenar di dunia nyata dalam permainan berkenaan.
“Jika ada kereta berwarna metalik dalam permainan dan ada letupan di sekitarnya, anda akan melihat kesan letupan terpantul di kereta.
“Apabila ada babak hujan dalam permainan, anda akan lihat curahan air yang realisitik seperti hujan sebenar,” ujar syarikat teknologi Nvidia berhubung jangkaannya mengenai PS5. – Daily Star

No comments